SKINCARE TATI 5 in 1
Yes, No, Maybe?
Jawapan aku YESSSSSS (dengan banyak 's' )
Ha aku bagi jawapan terus hehe.
Why? Meh aku share pendapat aku.
First time, aku tahu pasal produk ni adalah daripada abang aku yang paling sulung.Pada suatu malam yang damai tu, aku secara tidak sengaja berjalan melintasi bilik beradu abang aku yang pintu nya dibuka luas (pengaruh novel ::>_<::) dan pada waktu tu abang aku tengah sapu krim malam tati tu kat muka dia.Krim tu kan warna kuning kunyit so, bila dia calit kat muka dia jadi kekuningan la.Tu yang menarik perhatian aku.Dalam hati aku berbisik 'apesal dengan muka abang aku nih? Demam kuning ka?'.Masa tu aku tak perasan yang dia tengah pegang krim tu pasal bekas dia kecik sangat (boleh Google gambar) itu yang fikir bukan 2 huh.
Then, pertanyaan di benak minda aku terjawab bila abang aku panggil aku.Aku pun buat selamber dek ja ,malas nak tanya pasal muka dia.Tanpa berkata apa 2 abang aku terus angkat kotak skincare Tati kat atas meja pastu tunjuk kat aku(amboi promote terus).Dia cakap Tati ni bagus sebab kawan dia yang recommended tu yang dia gigih nak try.Abang aku kata muka kawan dia (lelaki ) sejak dua menjak tu makin berseri dan cerah berbanding dulu sampai kawan dia yang lain pun tegur.
So, abang aku interview rahsia kehenseman kawan dia tu dan ternyata si Tati ni lah punca disebalik nur wajahnya (melebih pulak aku ).Tu pasal la dia pun beli satu.Aku pun masa tu tak minat sangat la produk 2 skincare tu sbb aku teringat yg kawan aku pernah bagitahu kat aku pasal kenalan dia yang rosak muka sebab pakai Tati (maybe dia pakai yang tak ori kot.Hati -hati yer kalau nak beli sesuatu produk tu).
So, beberapa minggu berlalu aku agak terkejut tengok perubahan pada wajah abang aku.Serius berbeza (in a good way of cos ).Muka dia nampak glowing and pinkish cerah.Aku pun jeles la tengok laki melebih lawa dia daripada aku yang tak seberapa ni huhu.Bila dah jadi macam tu, my whole family terpengaruh nak try Skincare Tati ni terutamanya mak aku dengan abang aku yang nombor 2( ada duit boleh la T-T ).
Yang still student mesti paham perasaan aku.Nak merasa pakai beauty product tapi tak dak duit.Boleh tumpang tengok je la hmm.Guess what ?Produk skincare Tati ni pun berkesan ke ata mak dengan abang aku sampai abah aku pun join pakai produk tu sekali.(menangis kat sudut bilik).But finally, setelah aku graduate dari high-school sementara menunggu result, aku mula cari kerja dan bila dah kerja of cos dpt gaji.Ha ha, gaji first aku la jadi mangsa aku untuk menamatkan kedukaan hati aku untuk memiliki satu set skincare Tati ni.
*Finally aku beli satu yeay *^O^*
Harga dia tak mahal.Cuma RM 55 ja sekotak yang aku beli dekat toko jamu.Ada ke patut time nak beli tu aku rasa nak mintak makcik tu turun harga sikit ,sekali kena pelempang maut satgi mahu tersungkur aku kat situ. Dah kira murah la tu hehe.So, aku pun beli la satu
Balik rumah malam tu lepas habis keja,terus masuk bilik kunci pintu.Aku nak waktu private aku dengan si Tati ni.Malam tu jugak lepas mandi aku try cleanser soap dan krim malam dia then diikuti oleh treatment krim (comel ja bekas dia).Pakai cleanser soap tu memang rasa segar muka.Kulit muka aku yang mengelupas sikit 2 tu dibawak lari oleh sabun tu hanyut ke dalam lubang sinki tinggal lah kulit yang hidup lagi ja.
Pastu aku sapu la krim malam.Aku calit sikit 2 ja sebab tak nak bagi habis cepat (dah la kecik huhu).Tekstur krim dia agak pekat tapi aku tak kisah sbb dia bau kunyit (teringat kat ayam masak kunyit *feveret *).Pastu sapu treatment krim.Ini pum agak pekat jugak but it's still fine.First try though.Lepas tu, tak sampai lima minit lepas aku sapu krim Tati tu keja dok ulang alik tengok cermin (duh bukan boleh elok sekelip mata pun ) aku terlebih excited masa tu ^_^¦¦¦.
So jangan jadu macam aku. Pegi ja tidor and biarkan masa yang buat keja hehe.Pagi besok bangkit tidor aku cuci muka dengan cleanser tu disertai dengan air wudhu' (perghh segar bugar).Rasa macam muka baru aiseh.Serius tak tipu.Rasa ja la, muka aku sama ja tengok macam malam tadi.Tak pa, istiqamah tu perlu ada.So, aku pun berterusan la pakai day krim waktu siang.Sunblock krim aku jarang pakai sbb aku keja indoor.Tapi kalau you guys nak pakai pun boleh jugak sbb cuaca skrg ni pun agak panas.
*skip time to one week later*
Eh? Aku pernah review pasal Tati ke? hehe (kesewelan menguasai diri aku )
The Best la Tati♡♡♡♡♡
Alhamdulillah.
Muka aku makin kurang jerawat(almost x dak),muka cerah sikit dan nampak licin.Serius aku tak tipu.Memang nampak ketara perubahan kat muka aku.Aku puas hati sbb try Tati ni.Sejak tu keluar rumah rasa confident level aku up sikit la hehe.
Aku memang rekemen Skincare Tati ni.Buat masa ni muka aku tak dak side effect apa pun daripada pemakaian Tati ni.All is good.So, you guys ape tunggu lagi cuba lerrrr.Nanti aku nak try produk lain pulak.Pastu aku nak compare hehe.Till then thanks for reading this mess up review.
This is just me being me hehe.
Assalamualaikum ♡.
P/s: Nak tanya apa 2 comment la yer. Aku tak makan orang ≧﹏≦.